Sambal (siri TV)

Sambal ialah sebuah drama bersiri komedi Malaysia 1996 arahan Azwan Ali yang ditayangkan di TV3. Drama ini merupakan adaptasi longgar secara komedi dan parodi daripada kisah dongeng Bawang Putih Bawang Merah dan Mat Jenin. Ia menampilkan pelawak terkenal Salih Yaacob dan Syanie sebagai teraju utama. Drama ini mendapat rating yang cukup tinggi setelah episod pengenalannya ditayangkan pada sambutan tahun baharu 1996 dan episod seterusnya ketika musim perayaan Tahun Baharu Cina dan Aidilfitri yang disambut serentak pada tahun itu. Drama ini membariskan ramai penyanyi-penyanyi terkenal sebagai pelakon undangan, antaranya Aishah, Jamal Abdillah, Amy Mastura, Rohana Jalil dan ramai lagi. Drama ini turut memperkenalkan kumpulan Serba Salah yang kemudiannya digelar Senario dan Aku Kaya.

Sambal (siri TV)

Bahasa Melayu
Negara asal Malaysia
Syarikat pengedaran Primeworks Studios
Penerbit eksekutif Azwan Ali
Pengarah Azwan Ali
Penerbit
  • Azwan Ali
Format audio Stereo
Pencerita suara latar Azwan Ali
Penggubah lagu tema Peter Lim
Syarikat penerbitan Ambang Klasik
Tempoh siaran 25 minit
Pencipta Azwan Ali
Siaran asal 1 Januari 1996 (1996-01-01) – 26 April 1996 (1996-04-26)
Bilangan episod 17
Sinematografi Jebat Rosli
Penyunting
  • Azwan Ali
  • Lim Su Jin
  • Kamarul Mas Ayu Azman
  • Zaini Saidi
Dibintangi oleh
Genre
Ditulis oleh Azwan Ali
Saluran asal